Conditions of Use

1. HARGA PAKEJ TERMASUK
  • 03 malam penginapan termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam
  • Half Day Tour dan lawatan-lawatan ditempat-tempat yang dinyatakan di dalam pakej.

2. HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
  • Pengangkutan pergi dan balik ke tempat – tempat yang dinyatakan didalam pakej.
  • Perbelanjaan peribadi termasuk bil telepon, internet, dobi dan sebagainya.
  • Bayaran tambahan untuk cuti-cuti am, musim-musim perayaan, hujung minggu (Jumaat & Sabtu) dan 'peak season'.

3. BAYARAN
  • Harga pakej-pakej diatas adalah harga seorang ( RM )
  • Semua pendaftaran atau permintaan pakej hendaklah dilakukan 31 hari sebelum waktu berlepas.
  • Minimum sebanyak 50% daripada harga pakej diperlukan.
  • Bayaran penuh pakej hendaklah diserahkan 14 hari sebelum berlepas.
  • Pakej hanya sah untuk pasaran tempatan sahaja termasuk Singapura.
  • Pendaftaran hotel dan pengangkutan bergantung pada permintaan dan tertakluk pada kekosongan bilik hotel.
  • Sekiranya ada pembatalan selepas tiket dan voucer telah dikeluarkan, bayaran pembatalan hendaklah dilakukan sebanyak 50% daripada harga pakej.
  • Segala pembayaran boleh dibuat sama ada dengan menggunakan kad kredit (online) atau bank-in yang ditulis diatas nama:
    FAYROOZ TRAVEL ASSOCIATES SDN BHD
    HONG LEONG BANK BERHAD
    NO AKAUN: 046 – 000 – 6767 – 6

4. MASA DAFTAR MASUK DAN DAFTAR KELUAR
  • Waktu rasmi untuk daftar masuk di hotel/resort adalah selepas pukul 2.00 pm. sekiranya daftar masuk lebih awal dari waktu yang ditetapkan, ianya tertakluk pada kekosongan bilik hotel.
  • Waktu rasmi daftar keluar adalah sebelum pukul 12.00 pm

5. SENARAI NAMA DAN AHLI BILIK
  • Kami memerlukan nama penuh seperti didalam paspot antarabangsa untuk tujuan senarai nama ahli bilik

6. POLISI KANAK-KANAK
  • Untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak akan dikenakan bayaran, berkongsi bilik dengan ibu bapa ( bilik sahaja ). Harga makanan tetap dikenakan.

7. NOTA
  • Pakej adalah tertakluk pada pindaan dengan atau tanpa notis pemberitahuan.
  • Ketika sebutharga ini diserahkan, tiada tempahan telah dibuat pada hotel, syarikat penerbangan dan juga syarikat pengangkutan oleh pihak syarikat. Walau bagaimanapun, tempahan bilik dan pengangkutan akan dibuat sebaik sahaja mendapat penembahan.
Back