
Umrah
Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara
mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap
akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang
ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu)
dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit
rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh
sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya
kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan
itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum
(terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa
berlakunya).
Surah AL FAT-H ; 48: 27 UMRAH bererti berziarah ke Baitullah di Makkah dengan berihram umrah untuk mengerjakan tawaf, sa’ie dan lain-lain rukun serta wajibnya. Umrah diwajibkan ke atas semua orang islam, yang telah memenuhi syarat-syaratnya, sekali dalam seumur hidup dan disunatkan mengerjakannya berulang – ulang kali. Fayrooz Travel Associates Sdn. Bhd. telah menumpukan sepenuhnya terhadap Umrah & Haji pada tahun 2003. Sebagai langkah awal, kami memulakan dengan mengadakan lawatan ke Jeddah, Makkah dan Madinah bagi meluaskan lagi pengetahuan mengenai Umrah & Hajj untuk memastikan para jemaah kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan disamping dapat mengerjakan ibadah dengan selesa. Alhamdullilah sehingga ke hari ini kami masih aktif dan syarikat kami dikenali sebagai syarikat pengendali umrah di Kuala Lumpur. Salah satu objektif syarikat kami dalam mengendalikan Umrah & Hajj ialah bagi mencapai kepuasan jemaah dalam menjalankan ibadah di Tanah Suci dengan mengadakan beberapa program pengisian agama seperti mengadakan kursus umrah sebagai panduan para jemaah di Tanah suci, taklimat sebelum berangkat ke Jeddah (di lapangan terbang KLIA), tazkirah di kota Makkah dan taklimat sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Semasa mengerjakan Umrah & Hajj wakil dan mutawif dari syarikat kami akan sentiasa membimbing jemaah bagi memastikan pengurusan ibadah akan sentiasa berjalan lancar. Disamping itu dapat juga jemaah mengeratkan tali persaudaraan diantara sesama jemaah dan syarikat kami dengan program agama dan sesi pengenalan antara para jemaah. Selain itu juga semasa di Medinah dan Makkah para jemaah akan dibawa melawat ke beberapa tempat bersejarah seperti :
SEBAHAGIAN DARI KELEBIHAN DAN HIKMAH UMRAH
|



