Umrah Packages

ATURCARA UMRAH

SAUDI AIRLINES
10 H/ 8 M *15 H / 13 M

HARI 01 ( KUALA LUMPUR / JEDDAH / MADINAH )
Jemaah Dikehendaki berada di KLIA pada jam 9:00 pagi. Pegawai kami akan berada di kaunter berkenaan untuk membantu menguruskan daftar masuk dan bagasi jemaah. Setibanya di Jeddah jemaah akan disambut oleh wakil kami dan dibawa ke pusat penginapan di Madinah.

HARI 02 ( MADINAH )
Berkumpul di lobi selepas selesai solat subuh untuk melakukan Ziarah ke Makam Rasulullah SAW, para sahabat dan bersolat di Raudah Seterusnya ke perkuburan Baqi’

HARI 03 ( MADINAH )
Setelah sarapan jemaah akan dibawa menziarahi persekitaran Kota Madinah, Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, Khandaq dan pasar Kurma.

HARI 04 ( MADINAH / MAKKAH )
Jemaah akan melakukan ziarah di Bir Ali untuk bermiqat dan berihram didalam perjalanan ke Mekkah. Setibanya di Mekkah dan setelah urusan kamar, jemaah akan dibawa melakukan Tawaf, Saie dan bertahlul.

HARI 05 ( MAKKAH )
Hari ini jemaah akan dibawa menziarahi sekitar Kota Mekkah, Jabal Thur, Padang Arafah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur dan bermiqat di Masjid Jaaranah bagi mengerjakan Umrah kedua.

HARI 06 ( MAKKAH )
Para jemaah akan dibawa menziarah Muzium Islam (tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa tempatan), Ladang Ternakan Unta dan Hudaibiyah untuk bermiqat.

HARI 07 - 08 / *HARI 07 -13 ( MAKKAH )
Acara bebas untuk jemaah memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram.

HARI 09 / *HARI 14 ( MAKKAH / JEDDAH / KUALA LUMPUR )
Sebelum bertolak ke Jeddah, jemaah wajib mengerjakan Tawaf Wada’. Jemaah akan berlepas ke Kuala Lumpur pada jam 6:05 petang.

HARI 10 / *HARI 15 ( KUALA LUMPUR )
Para jemaah dijangka tiba di KLIA pada jam 10:45 pagi, maka selesailah acara Umrah bersama Fayrooz Travel Associates dan kami mendoakan semoga apa yang anda kerjakan mendapat rahmat dariNYa juga memperolehi Umrah mabrur, Insya Allah.



TERMA & SYARAT-SYARAT PAKEJ UMRAH

1. HARGA PAKEJ TERMASUK
  • Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi dari KLIA
  • Cukai KLIA – Insuran Penerbangan.
  • Visa Umrah dan urusan Muassasah yang berdaftar dengan Kerajaan Saudi Arabia.
  • Penginapan di Medinah dan Makkah seperti tertera atau setaraf dengannya.
  • Pengangkutan darat mengikut saiz jemaah.
  • Perkhidmatan Mutawif dan Muzawwir berbahasa melayu.
  • Makanan masakan melayu 3 kali sehari kecuali bulan Ramadhan 2 kali sehari.
  • 01 beg besar, 01 beg sandang, 01 beg kasut, sebuah buku panduan Umrah dan buku doa.
  • Hadiah 01 botol air Zam-Zam sebanyak 10 liter bagi setiap jemaah.
  • Pembimbing ( Ustaz atau Ustazah ) dari Malaysia ( tertakluk pada bilangan jemaah )
  • Taklimat serta Kursus Umrah sebelum berangkat
  • Insuran Kemalangan dari Takaful Nasional.
2. HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK
  • Barang persendirian yang melebihi 25 Kilogram.
  • Perbelanjaan peribadi seperti panggilan talipon, bil dobi, internet dan sebagainya.
  • Makan atau minum selain dari yang dinyatakan dalam aturcara.
  • Wang perbelanjaan yang diluar harga pakej.
  • Sijil / Buku kesihatan dan suntikan.
  • Pengangkutan ke Tanaei’m untuk berniat Umrah pada acara bebas.
  • Tiket penerbangan domestik
3. SYARAT PAKEJ
  • Harga pakej adalah tertakluk pada pindaan harga hotel, tiket penerbangan dari Syarikat Penerbangan dan perubahan mata wang asing.
  • Segala penambahan untuk harga pakej hendaklah dijelaskan sebelum tarikh berlepas.
  • Ketentuan tempat penginapan tertakluk kepada kekosongan pada waktu itu.
  • Harga pakej adalah untuk minima 20 jemaah bagi setiap pelepasan.
4. HARGA KANAK-KANAK
  • Harga kanak-kanak adalah 80% untuk berkatill dan 75% d untuk tidak berkatil daripada harga dewasa.

5. TEMPAHAN DAN BAYARAN
  • Tempahan dan bayaran haruslah dilakukan 60 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Bayaran sepenuhnya harga pakej hendaklah dijelaskan tidak kurang 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Segala pembayaran yang dibuat dengan menggunakan bank draf, cek atau wang pos hendaklah ditulis diatas nama
FAYROOZ TRAVEL ASSOCIATES SDN BHD
BUMIPUTERA COMMERCE BANK
NO AKAUN : 1431 – 0005251 – 054

6. BAYARAN BALIK DAN PEMBATALAN
  • Tiada bayaran balik harga pakej sekiranya sebarang perjalanan, makanan atau perkhidmatan yang disediakan tidak digunakan.
  • Sekiranya ingin membatalkan penempahan yang telah disahkan seperti mana yang telah ditetapkan, pemotongan adalah seperti berikut:
* 30 – 60 hari : 50% dari harga pakej.
* 15 – 30 hari : 25% dari harga pakej.
* Kurang dari 15 hari : Wang tidak dikembalikan.
  • Sekiranya tidak hadir ( no show ) pada waktu berlepas, tiada bayaran balik yang akan diberikan.
  • Tiket tidak boleh dikembalikan atau diserahkan pada pihak ketiga.
  • Pemulangan bayaran akan dilakukan 3 bulan selepas tarikh berlepas.
  • Setiap pembatalan hendaklah dilakukan secara bertulis pada pihak kami.

7. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  • Pasport Antarabangsa yang mempunyai tempoh tamat tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh berlepas dan 6 muka surat yang masih belum digunakan.
  • 04 keping gambar berwarna 6cm x 4cm berlatar belakangkan putih dan zoom wajah 70 – 80 peratus.
  • Buku Kuning untuk pengesahan suntikan Meningitis ACYW35 dari klinik atau hospital.
  • Salinan sijil nikah untuk suami isteri yang pergi bersama.
  • Salinan sijil kelahiran / surat beranak bagi anak-anak berumur dibawah 18 tahun.
  • Surat akuan memeluk islam bagi saudara baru.




Product Image Item Name- Price

Umrah Packages



Add:



New Products For January - Umrah